Usah perbesar isu tiket

Posted by Unknown on Oct 28, 2011

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap peminat bola sepak tempatan datang beramai-ramai menyaksikan final Piala Malaysia, Sabtu ini walaupun harga tiket dinaikkan kepada RM50.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, isu harga tiket tidak harus diperbesarkan kerana semua pihak termasuk kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir itu bersetuju dengan kenaikan harga itu.

Kutipan tiket bukan 100 peratus milik FAM sebaliknya akan diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir itu selain pelbagai perbelanjaan lain.

Duit itu juga akan diagihkan kepada semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) menerusi geran tahunan selain aktiviti pembangunan di semua peringkat.

“Saya harap semua pihak memahami situasi itu yang dianggap normal, malah kenaikan harga tiket kali ini tidaklah terlalu membebankan kerana ia hanya membabitkan perlawanan akhir Piala Malaysia saja. “Ini bukan perkara baru untuk diperbesarkan hingga mendapat liputan meluas media, saya berpendapat mereka yang suka bola sepak tempatan dan ingin melihat mutunya terus meningkat pasti tak terjejas memberi sokongan,” katanya.

-sumber: Metro Online

"Alaa..nanti beta beli jugak tiket sekeping..Rilek je takde bising.." - Sultan Bola.

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...