Everton vs Manchester United

Posted by Unknown on Oct 29, 2011


29-10-2011

Seperti yang dijangka, jentera serangan United akan menggempur benteng Everton seawal permainan selepas kekalahan memalukan di tangan Manchester City minggu lalu dan ini dibuktikan apabila gandingan serangan United hampir menjaringkan gol seawal minit pertama. Selepas itu perlawanan boleh dikatakan seimbang apabila Everton-United saling menyerang sehinggalah pada minit ke 19, Chicharito berjaya menjaringkan gol melalui gerakan cantik Evra-Welbeck.


"Walaupun gua tapping je, janji gol muahaha!!" - Chicharito Hernandez

Namum selepas itu Everton melancarkan beberapa serangan. Pada minit ke 36, rembatan Rodwell sedikit tersasar. Peluang Everton untuk menjaringkan gol dinafikan apabila sepakan percuma menarik Baines terkena palang gol pada minit ke-40.

Bermula separuh masa kedua, tidak banyak serangan menarik dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kedudukan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada United 1-0.

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...