Showing posts with label tiket mahal. Show all posts
Showing posts with label tiket mahal. Show all posts

Usah perbesar isu tiket

Posted by Unknown on Oct 28, 2011

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap peminat bola sepak tempatan datang beramai-ramai menyaksikan final Piala Malaysia, Sabtu ini walaupun harga tiket dinaikkan kepada RM50.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, isu harga tiket tidak harus diperbesarkan kerana semua pihak termasuk kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir itu bersetuju dengan kenaikan harga itu.

Kutipan tiket bukan 100 peratus milik FAM sebaliknya akan diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir itu selain pelbagai perbelanjaan lain.

Duit itu juga akan diagihkan kepada semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) menerusi geran tahunan selain aktiviti pembangunan di semua peringkat.

“Saya harap semua pihak memahami situasi itu yang dianggap normal, malah kenaikan harga tiket kali ini tidaklah terlalu membebankan kerana ia hanya membabitkan perlawanan akhir Piala Malaysia saja. “Ini bukan perkara baru untuk diperbesarkan hingga mendapat liputan meluas media, saya berpendapat mereka yang suka bola sepak tempatan dan ingin melihat mutunya terus meningkat pasti tak terjejas memberi sokongan,” katanya.

-sumber: Metro Online

"Alaa..nanti beta beli jugak tiket sekeping..Rilek je takde bising.." - Sultan Bola.

Harga tiket final turun di Negeri Sembilan

Posted by Unknown on Oct 26, 2011

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sah turunkan harga tiket RM50 kpd RM30 (PBNS sponsor RM20) utk penyokong N9.. PBNS menggunakan dana persatuan untuk meringankan beban penyokong Hobin Jang Hobin..

Berita bagus untuk peminat Jang.. semalam gua tengok berita sukan, "Jualan tiket tidak mendapat sambutan".. Malam ni sahih kuar tajuk "PBNS sponsor RM 20, Jang berebut beli tiket" lak..Sahih!

Ini bermakna FAM sudah mencapai kemenangan! Kenapa? FAM tak berganjak dan tetap menjual tiket dengan harga RM50 tetapi 2 persatuan negeri ini telah tunduk dengan memberi subsidi harga tiket kepada penyokong mereka. Dan secara tal langsung harga minimum tiket Final Piala Malaysia selepas ini akan menjadi RM50 minimum! Dan dalam kes seperti ini, FAM akan menggunakan peluang untuk menaikkan harga tiket lagi pada musim depan disebabkan persatuan negeri ( dan mungkin kelab ) akan memberi dana atau subsidi untuk penyokong mereka membeli tiket.

Korang nak musim depan harga tiket final jadi RM80? Haish!! Tak rela gua!! Baik gua lepak mamak pekena teh tarik sama tosai dari gua habiskan duit dengan cara yang tak masuk akal camtu! Dah la harga air dengan makanan mahal kat stadium! Celaka apa!

Apa-apapun, diharap dengan subsidi yang persatuang korang bagi tu, korang semua dapat turun memenuhkan Stadium Shah Alam Sabtu ni dan jangan disebabkan FAM Sial + Bangsat, kita semua tidak ke stadium untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita beraksi.

50% subsidi buat penyokong Terengganu

Posted by Unknown on Oct 25, 2011

Best la korang bayar RM25 je untuk tiket Final Piala Malaysia. Sila berterima kasih kat kerajaan negeri korang. Dan ramai-ramaila memenuhkan stadium Sabtu ni.


Buat penyokong Jang, gua rasa lu orang bayar je la kalo nak tengok sangat kat stadium. Susah-susah sangat tengok kat TV. Apa ada hal?

"Den ghaso 50 hengget mahal sangat la Jang.." - penyokong.

Tiket Final RM 50. Kejadah lu FAM?

Posted by Unknown

Seperti yang kita sedia maklum, harga tiket bagi perlawanan akhir piala Malaysia antara Jang dan Peteh pada Sabtu ini beharga RM50. Berita ini membawa kepada rasa tidak puas hati penyokong kedua-dua pasukan dan peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, yang mana keadaan padang yang dah macam sawah baru lepas kena bajak. Kata pihak pengurusan stadium mereka akan membaiki keadaan padang. Ok la kalo camtu kan. Tapi bagaimana dengan keadaan tempat parking, tandas, surau mahupun tempat duduk penonton? Pastikan kerusi-serusi tu semua takde taik burung. Dan kalo semua tu tip-top bukan kata RM50, RM100 pun orang beli tiket lu!

Tapi alasan yang paling gua takleh terima datang dari Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram. “Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja. “Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini. “Duit yang dikutip ini dapat menampung kos perbelanjaan mereka selepas membentuk pasukan yang mantap bagi merebut Piala Malaysia. Ini perlawanan yang berprestij jadi adalah wajar dengan harga tiket yang dikenakan itu,” katanya.

  • Lompat masuk grandstand? Lu orang dah takde pengawal ke nak jaga benda-benda ni semua?
  • Duit tiket diagihkan kepada persatuan? Duit kemenangan Piala Malaysia mana? Takkan lu rembat sikit kot..
  • Boleh lu orang janji game tu nanti takde pengadil yang macam anjing menyalak tengah padang?
  • Boleh lu orang janji semua penonton akan rasa berbaloi dengan RM50 yang dibayar?

"Jangan tanya beta apa-apa.. Beta haram taktau apa pun pasal bola.."

" GTH Sultan Bola!! "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...