Tiket Final RM 50. Kejadah lu FAM?

Posted by Unknown on Oct 25, 2011

Seperti yang kita sedia maklum, harga tiket bagi perlawanan akhir piala Malaysia antara Jang dan Peteh pada Sabtu ini beharga RM50. Berita ini membawa kepada rasa tidak puas hati penyokong kedua-dua pasukan dan peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, yang mana keadaan padang yang dah macam sawah baru lepas kena bajak. Kata pihak pengurusan stadium mereka akan membaiki keadaan padang. Ok la kalo camtu kan. Tapi bagaimana dengan keadaan tempat parking, tandas, surau mahupun tempat duduk penonton? Pastikan kerusi-serusi tu semua takde taik burung. Dan kalo semua tu tip-top bukan kata RM50, RM100 pun orang beli tiket lu!

Tapi alasan yang paling gua takleh terima datang dari Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram. “Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja. “Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini. “Duit yang dikutip ini dapat menampung kos perbelanjaan mereka selepas membentuk pasukan yang mantap bagi merebut Piala Malaysia. Ini perlawanan yang berprestij jadi adalah wajar dengan harga tiket yang dikenakan itu,” katanya.

  • Lompat masuk grandstand? Lu orang dah takde pengawal ke nak jaga benda-benda ni semua?
  • Duit tiket diagihkan kepada persatuan? Duit kemenangan Piala Malaysia mana? Takkan lu rembat sikit kot..
  • Boleh lu orang janji game tu nanti takde pengadil yang macam anjing menyalak tengah padang?
  • Boleh lu orang janji semua penonton akan rasa berbaloi dengan RM50 yang dibayar?

"Jangan tanya beta apa-apa.. Beta haram taktau apa pun pasal bola.."

" GTH Sultan Bola!! "

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...