Final Piala Malaysia 2011: Jang vs Peteh

Posted by Unknown on Oct 24, 2011

Final Piala Malaysia 2011 ini akan menemukan 2 pasukan negeri iaitu Terengganu yang akan menentang Negeri Sembilan selepas kedua-dua pasukan menang pada peringkat separuh akhir kedua. Terengganu berjaya mengatasi Selangor ditempat sendiri dengan jaringan 2-1 menjadikan agregat 4-1 sementara Negeri Sembilan juga menang 2-1 keatas T-Team dan agregat 6-3.

Sebenarnya kedua-dua pasukan tuan rumah pada separuh akhir kedua malam ini telah mempunyai kelebihan apabila berjaya memenangi perlawanan pada separuh akhir pertama. Kelebihan jaringan ditempat lawan menjadikan kedua-dua pasukan ini seperti sebelah kaki berada dalam Final Piala Malaysia 2011.

Final Piala Malaysia 2011 ini tentu lebih menarik tahun ini dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Terengganu yang memang terkenal dengan corak permainan pantas sementara Negeri Sembilan dengan kombinasi pemain muda dan pemain yang berpengalaman.

Pengendali atau jurulatih kedua-dua pasukan yang layak ke Final Piala Malaysia ini juga mempunyai pengalaman membawa pasukan masing-masing untuk berjaya dalam liga Malaysia pada sebelum ini. Pengalaman mereka ini tentu akan dipergunakan untuk memenangi Piala Malaysia 2011 ini. Tunggu final Piala Malaysia 2011 antara Terengganu menentang Negeri Sembilan. Siapa pilihan anda?

Tekaan gua : Terengganu 2-1 Negeri Sembilan

{ 1 Comment(s) }

Unknown said...

Test komen.. 1..2..3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...