Malaysia 2-1 Thailand

Posted by Unknown on Nov 9, 2011

2011 Sea Games
Group A

Malaysia berjaya mencipta kejutan terbesar setakat ini dengan menumpaskan Thailand sebentar tadi. Jaringan pembukaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 menyemarakkan semangat skuad kebangsaan. Keputusan separuh masa pertama, 1-0 memihak Malaysia.

Bagaimanapun, peluang demi peluang yang terhidang gagal disudahkan pemain negara malah Thailand berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-78 jaringan Natarid Thammaroddodpon.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan seri 1-1, Izzaq Faris Ramlan muncul wira negara apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-85. Malaysia bertahan sehingga wisel penamat untuk kemenangan mutlak 2-1 dan membolehkan Malaysia berada pada kedudukan teratas kumpulan setakat ini.

Tahniah skuad kebangsaan dengan kemenangan ini walaupun berdepan kerenah penganjur. Diharap kemenangan akan terus berpihak kepada kita. Malaysia Boleh!

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...