Irfan Bakti ke Selangor

Posted by Unknown on Oct 31, 2011

Selepas gagal mendakap Piala Malaysia pertama kali dalam sejarah kariernya sebagai jurulatih, jodoh Irfan Bakti Abu Salim bersama Terengganu tidak kekal lama apabila jurulatih itu memilih untuk tidak menyambung kontraknya bersama skuad Penyu sebaliknya memilih Selangor musim depan.

Kekosongan kerusi panas skuad Penyu itu bakal diisi bekas pengendali KL Pos, Malaysia, Mat Zan Mat Aris, yang pernah melakar kejayaan membawa skuad Terengganu menjulang piala berprestij itu pada 2001.


Irfan Bakti berkata, beliau memilih tidak menyambung kontrak bersama Terengganu kerana ingin berubah angin selain menimba pengalaman melatih pasukan baru selepas dua tahun bersama skuad itu sejak 2010.

“Saya tiada masalah dengan PBSNT, malah persatuan sudah menawarkan kontrak dua tahun lagi, tetapi keinginan untuk mengutip cabaran baru membuatkan saya tidak menyambung kontrak dan memilih Selangor destinasi musim depan.


“Bagi saya, sepanjang menjadi jurulatih sejak 20 tahun lalu, pemain Terengganu adalah antara yang terbaik pernah saya latih terutama daripada segi disiplin dalam dan luar padang.


“Saya begitu selesa dengan pemain, mereka bukan saja mempunyai azam tinggi setiap kali beraksi, malah memiliki semangat kekeluargaan dipupuk PBSNT sejak awal lagi, inilah pasukan terbaik pernah saya latih,” katanya.

Sepanjang bersama Terengganu, Irfan Bakti membawa skuad itu juarai Piala FA Jun lalu, naib juara Liga Super, dua pemain menjadi penjaring gol terbanyak dua tahun berturut-turut dan terbaru naib juara Piala Malaysia.

-sumber: My Metro

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...