Azraai puas kunci mulut pengkritik

Posted by Unknown on Oct 30, 2011

SAYA tutup mulut mereka!" Itu kenyataan ringkas namun cukup mendalam maknanya buat jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Kata-kata itu adalah mesej tepat kepada pengkritik-pengkritik beliau yang sebelum ini meragui kemampuannya sebagai antara jurulatih terbaik dalam kancah bola sepak tanah air.


Bagi Azraai, kejayaan menjulang Piala Malaysia selaku jurulatih Negeri Sembilan dengan menewaskan Terengganu 2-1 di pentas final kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikannya selepas membimbing Kedah muncul juara pada 2007 dan 2008.

“Saya buktikan sekali lagi. Sebelum ini ada pihak meragui kemampuan saya kerana menganggap kejayaan saya bersama Kedah sebelum ini kerana pemain import. Tapi sekarang saya buktikan tanpa pemain import saya masih mampu menjulang kejuaraan bersama Negeri Sembilan,” katanya, kelmarin.

Azraai yang menyambut hari jadi ke-59 Selasa lalu, mencipta kejayaan treble bersama Kedah pada 2007 dan 2008 namun kegemilangan itu dikatakan hanya bertunjangkan kehebatan dua pemain import Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin.

Kejayaan kali ini bersama Negeri Sembilan juga dianggap titik kebangkitan kariernya selepas sebelum ini terpalit dengan episod hitam digantung tidak bertali selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dibebaskan daripada kontrak jurulatih Harimau Muda A pada 8 Mac lalu.

“Sebagai jurulatih saya berpegang kepada kejujuran menjalankan tugas. Setiap tugas diberikan akan saya lakukan yang terbaik,” katanya.

sumber: My Metro

"Baru hangpa tau aku sapa.." - Azraai

{ 2 Comment(s) }

syuxer said...

berat nanang FAM wat gitu kat dia..huhu..reti bagi hukuman tapi tak reti nak terima kritikan..booo FAM..huhu

Unknown said...

pak joe: ok pakjoe..

Syuxer: FAM memang pundek. Sultan Bola saks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...