FAM telah mengeluarkan surat berkenaan kepada Wan Jamak, 53, berikutan kenyataannya mengkritik pengadil yang menafikan dua jaringan Kedah ketika menentang Perak pada kempen Piala Malaysia.
Kedah sekadar seri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 28 September lalu, sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.
Wan Jamak berkata, beliau dijangka dipanggil oleh majikannya dalam masa sehari dua ini.
Sementara itu, Setiausaha KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pihaknya telah menerima surat pertuduhan daripada FAM.
"Kita tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang dan semua Exco persatuan juga dilarang memberi sebarang komen sebelum keputusan dibuat oleh FAM," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menjawab surat yang telah diterima kepada FAM dan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar surat pertuduhan kepada KFA dan Wan Jamak, namun masih belum menerima sebarang jawapan daripada kedua-dua pihak.
"Saya tidak boleh memberi sebarang komen sehingga Wan Jamak menjawab surat pertuduhan tersebut," katanya.
- Bernama
{ 0 Comment(s) }
Post a Comment