Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, isu harga tiket tidak harus diperbesarkan kerana semua pihak termasuk kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir itu bersetuju dengan kenaikan harga itu.
Kutipan tiket bukan 100 peratus milik FAM sebaliknya akan diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir itu selain pelbagai perbelanjaan lain.
Duit itu juga akan diagihkan kepada semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) menerusi geran tahunan selain aktiviti pembangunan di semua peringkat.
“Saya harap semua pihak memahami situasi itu yang dianggap normal, malah kenaikan harga tiket kali ini tidaklah terlalu membebankan kerana ia hanya membabitkan perlawanan akhir Piala Malaysia saja. “Ini bukan perkara baru untuk diperbesarkan hingga mendapat liputan meluas media, saya berpendapat mereka yang suka bola sepak tempatan dan ingin melihat mutunya terus meningkat pasti tak terjejas memberi sokongan,” katanya.
-sumber: Metro Online
{ 0 Comment(s) }
Post a Comment