Rooney's New Hair Style

Posted by Unknown on Nov 1, 2011

Manchester 1 Nov. - Wayne Rooney ketika ditemubual berkata, beliau mungkin akan mendedahkan potongan rambut terbaru untuk Liga Inggeris musim hadapan, tidak lama lagi.

"Saya berasa begitu teruja apabila mengetahui ada produk untuk rambut yang lebih murah berbanding rawatan rambut saya sebelum ini yang menelan banyak kos dan m

enyebabkan saya sukar untuk melanggan amoi buat masa sekarang."

"Kepada amoi-amoi di luar sana, diharap anda semua bersabar kerana fesyen rambut terbaru saya nanti akan membuatkan anda semua tidak dapat melelapkan mata apabila melihat saya kelak." tambah beliau lagi.

Ditanya apakah produk rambut yang beliau gunakan sekarang, beliau berkata, " Saya menggunakan produk terbaru dari seorang Doktor Pakar di Malaysia. Saya amat yakin dengan produk ini dan saya tidak sabar untuk melihat hasilnya. Produk apa, biarlah rahsia."
*****

Gua syak ada sesuatu yang tak kena bila Rooney cakap produk dari Malaysia. Dan bila bercerita tentang rambut dan doktor, gua semakin syak yang Rooney guna produk dari doktor tersohor di Malaysia. Berikut adalah gambaran gua tentang fesyen rambut baru Rooney kelak.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Pendapat gua je la.. Tapi kiut what! Muahaha!!


"Dr adalah peminat Manchester United." - Dr Rozmey

{ 0 Comment(s) }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...